suria

Muhyiddin Sedih, Terkejut Tragedi Helikopter Terhempas

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan nahas helikopter terhempas pada petang Sabtu.

"Saya amat sedih dan terkejut dengan tragedi yang berlaku semalam. Takziah kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Datuk Azlin dan semua mangsa," katanya dalam catatan di laman twitter beliau, Ahad.

Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi helikopter Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. -- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Lain