Nahas Helikopter: Laporan Awal Siasatan Dalam Tempoh Seminggu - DCA - Semasa | mStar

Nahas Helikopter: Laporan Awal Siasatan Dalam Tempoh Seminggu - DCA

Lokasi tragedi helikopter yang mengorbankan enam nyawa di Kampung Sungai Pening, Semenyih, petang Sabtu.
SEMENYIH: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan laporan awal siasatan nahas helikopter awam yang terhempas di Kampung Sungai Pening di Semenyih petang Sabtu, dalam masa seminggu,  kata Pengarah Operasi Penerbangan DCA  Datuk Yahaya Abdul Rahman.

Beliau berkata pada masa ini tumpuan DCA dan pasukan penyelamat ialah mencari perakam suara dan mengumpul serpihan helikopter itu untuk siasatan lanjut.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Yahaya berkata DCA akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar helikopter, Airbus dari France untuk membantu siasatan dari sudut teknikal.

Siasatan itu turut melibatkan tiga wakil DCA dan dua anggota biro siasatan nahas kemalangan udara dari Kementerian Pengangkutan, yang kini berada di lokasi kejadian.

"DCA datang dan hendak tengok daripada atas (semasa memantau lokasi nahas dari udara) kalau ada apa-apa yang perlu dibantu. Kita hendak tengok jika ada benda yang jatuh sebelum nahas itu.

"Selepas itu saya hendak tengok bangkai helikopter sebelum membuat perancangan untuk siasatan lanjut. DCA minta bantuan dari pasukan penyelamat lain," katanya.

Yahaya mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang rakaman percakapan terakhir antara juruterbang dan menara kawalan.

"Kami perlu menilai dari segi masalah mekanikal jika ada. Saksi berkata nampak helikopter terjunam," katanya.

Mengenai spekulasi sama ada helikopter meletup di udara atau terlanggar pencawang, Yahaya berkata DCA tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai spekulasi itu.

Namun, melalui pemerhatian peribadi, beliau mendapati tiada pencawang di sekitar lokasi kejadian yang merupakan lembah dan helikopter terjunam kira-kira 1,500 kaki

Nahas helikopter AS365N2 Dauphin di Kampung Sungai Pening pada Sabtu petang (semalam), telah mengorbankan kesemua enam orang di dalamnya iaitu Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia yang juga bekas menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan Datuk Tan Huat Seang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain