suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Perempuan Maut Di Kenanga Wholesale

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini, Jumaat.

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kenanga Wholesale

Artikel Lain