suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

39 Projek SJKT Siap Hujung 2016

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan optimis kesemua 39 projek pembinaan bangunan baharu dan bangunan tambahan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini akan siap pada penghujung tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, kesemua projek berkenaan adalah di bawah Pakej Rancangan Khas 2012 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM216 juta.

"Sebanyak 37 sekolah telah diberikan surat setuju terima untuk memulakan projek bagi pembinaan bangunan baharu dan bangunan tambahan yang akan dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur terkini.

Dua buah sekolah lagi di Melaka masih menunggu keputusan Kementerian Kewangan untuk diberikan surat setuju terima," beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru SJKT Ladang Shanghai di Mambau dekat sini, Isnin.

Mengulas mengenai projek menaik taraf SJKT Ladang Shanghai, beliau berkata sebanyak RM4.9 juta diperuntukkan untuk membina bangunan tambahan itu dan apabila siap kelak ia dijangka dapat memuatkan 300 pelajar.

SJKT, Projek Sekolah

Artikel Lain