suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fariz Musa Ditahan Bantu Siasatan Himpunan #KitaLawan

Fariz Musa.

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa ditahan di sini malam Sabtu mengikut Seksyen 134 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan perkara itu dan berkata, Fariz yang juga Koordinator Jingga 13 ditahan di Petaling Street, kira-kira 8 malam, selepas perhimpunan itu.

"Perhimpunan diadakan dalam keadaan terkawal tanpa sebarang provokasi. Hanya satu tangkapan dibuat," katanya kepada Bernama.

Peserta perhimpunan seramai kira-kira 500 orang mula berarak dari Masjid Jamek sebelum berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo, kira-kira pukul 4.15 petang.

Mereka bersurai sepenuhnya kira-kira pukul 7 petang di lokasi terakhir berhampiran KLCC.

Berdasarkan tinjauan Bernama, kebanyakan peserta berpakaian hitam dan memegang sepanduk serta kain rentang.

Pihak polis mengawasi keadaan di sepanjang perhimpunan. 

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan di ibu negara dan perlu dihentikan berikutan kumpulan terbabit bertindak agresif dengan membelasah seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad memberitahu Bernama bahawa Fariz turut menyertai perhimpunan itu.

KitaLawan, Fariz Musa

Artikel Lain