suria

Keadaan Semasa Di Yemen

KUALA LUMPUR: Berhubung dengan serangan udara oleh perikatan yang diterajui oleh Arab Saudi pada awal pagi 26 Mac 2015 waktu tempatan, Kedutaan Besar Malaysia di Sanaa telah mengesahkan bahawa setakat ini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Negeri menasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan sebarang cadangan untuk ke Yemen. Rakyat Malaysia di Yemen juga dinasihatkan untuk mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sanaa seperti berikut:\

Alamat: Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157 No.Tel: (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978 Emel: [email protected] Faks: (00) 967-1-429783

Kementerian Luar Negeri boleh dihubungi di nombor telefon 03-8887 4300, 8887 4265 pada waktu pejabat (selepas waktu pejabat - 03-8887 4570).

Kementerian Luar Negeri menerusi Kedutaan Besar Malaysia akan terus memantau keadaan keselamatan di Yemen.

Yemen, Arab Saudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain