suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hentikan Perhimpunan Haram Atau Berdepan Tindakan - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada penganjur perhimpunan #KitaLawan supaya membatalkan hasrat mereka jika tidak mahu berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.

Beliau berkata, hal ini kerana polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkaitan termasuk para peserta sekiranya mereka berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram berkenaan.

"Saya seru dan beri ingatan supaya perhimpunan ini dihentikan.

"Kami memantau 'panggilan' (arahan untuk adakan perhimpunan) dan kita sedang menilainya. Jika kita rasa perkara ini boleh menimbulkan kekecohan, kita akan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.

Khalid mengulangi kenyataannya bahawa perhimpunan boleh diadakan tetapi perlu mendapatkan kebenaran dan mengikut peraturan.

"Kalau nak buat perhimpunan, boleh bukannya tak boleh. Tetapi ikutlah peraturan seperti yang diperjelaskan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Masalahnya, 'puak-puak' ini tak nak ikut. Mereka hendak ikut kepala mereka sendiri. Jadi, kita terpaksa ambil tindakan ikut undang-undang," katanya.

Polis, Perhimpunan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain