suria

Anwar Bukan Lagi MP Permatang Pauh - Peguam

Anwar disabitkan dan dihukum penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

KUALA LUMPUR: Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.

Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.

Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.

Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu.

Artikel Lain