suria

Ambil Tindakan Portal Berita Keluar Laporan Palsu Hudud - Khairy

Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap sebuah portal berita yang dikata menyiarkan laporan palsu mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud.

Khairy menyifatkan laporan itu tidak bertanggungjawab dan biadap.

Pada Khamis, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Travers bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Khairy berkata SKMM perlu segera mengambil tindakan tegas ke atas portal ini kerana ia menyentuh kredibiliti Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini.

"Kegagalan SKMM membawa kes berkenaan ke mahkamah dikhuatiri akan menjejaskan nama baik Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berkata walaupun Pemuda UMNO menyokong penuh kebebasan media namun kebebasan itu perlu ada batas dan bukan mutlak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain