suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Bekalan Air Di Shah Alam, Klang Selasa Depan

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dijangka mengalami gangguan bekalan air sementara mulai 31 Mac bermula 9 malam sehingga 7 pagi keesokannya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini berkata gangguan berlaku berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air.

Kawasan yang terlibat ialah Persiaran Batu Nilam, Jalan Batu Nilam, Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi, Persiaran Botanik, Jalan Angsana, Jalan Akasia, Jalan Penaga, Jalan Bidara, Jalan Kiara, Jalan Rhu, Jalan Jenaris, Jalan Bungor, Jalan Cassia, Jalan Jasmin, Jalan Jejawi dan Jalan Palma.

Katanya, para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara itu dan menggunakan air dengan berhemah.
gangguan air, Syabas

Artikel Lain