suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MP Wangsa Maju Selamat Jalani Pembedahan

Dr Tan Kee Kwong.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya.

Ketika dihubungi, Dr Tan berkata beliau 'berasa lebih baik'.

"Terima kasih banyak. Berasa lebih baik sekarang. Dijangka dibenarkan keluar wad dalam beberapa hari lagi," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Star Online.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata darah beku atau lebih dikenali sebagai 'hematoma subdural kronik' dikaitkan dengan penuaan.

Dr Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelihatan berada dalam keadaan baik dalam satu gambar yang dimuatnaik ke laman Twitter Lim pada petang Isnin.

Dr Tan Kee Kwong, PKR, pembedahan

Artikel Lain