suria

Seni Bela Diri Diiktiraf Bidang Kemahiran

Seni bela diri akan diiktiraf sebagai kemahiran.Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR: Seni bela diri kini menjadi satu daripada bidang kemahiran dan mereka yang menyertai aktiviti itu boleh mendapat sijil kemahiran diiktiraf kerajaan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata, satu kerjasama antara kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persatuan Guru-Guru Seni Bela Diri Malaysia (Magma) telah diadakan bagi mencapai tujuan tersebut.

"Kerjasama ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dalam seni bela diri daripada akademi yang diiktiraf untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) antara JPK dan Magma di sini, Selasa.

Abd Mutalib berkata, orang ramai kini boleh mengikuti kursus kemahiran berkenaan di Akademi Magma yang terbuka kepada umum melalui modul-modul khas.

Sementara itu, Presiden Magma, Pendita Mahaguru Prof Dr Azlan Ghanie berkata, kerjasama tersebut merupakan yang pertama di negara ini dan tahun lalu Magma melahirkan 71 graduan yang telah bergelar pakar industri, dengan ada antara mereka kini menjadi jurulatih seni bela diri di luar negara.

Artikel Berikut

Artikel Lain