suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Ditetak Di Panggung Wayang

GEORGE TOWN: Seorang pemuda cedera parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan remaja lain di laluan keluar sebuah panggung wayang di Jalan Tun Dr Awang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa serta beberapa rakan yang berusia 20-an berada di depan pintu lif telah didatangi sekumpulan pemuda sebelum mereka dibelasah.

Ketika cuba melarikan diri ke arah panggung wayang, mangsa masih dikejar dan ditetak oleh kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang dan topi keledar.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang daripada rakan mangsa menjeling ke arah kumpulan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, suspek dalam kejadian itu telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Polis juga telah mengenalpasti suspek lain dan mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," ujarnya.



Panggung Wayang, Tetak

Artikel Lain