suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Tunggu Pengesahan SPR

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam dua pilihan raya kecil (PRK) di Pulau Pinang dan Kelantan selepas menerima pengesahan rasmi  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu juga akan menetapkan pendirian selepas mengadakan perbincangan dengan bahagian dan negeri terlibat.

"Sebagai parti kita perlu mengkaji secara mendalam perkembangan terkini dan ambil keputusan selepas mengkaji prestasi BN sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn pada Jumaat malam.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan kosong selepas penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada Khamis malam, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan lucut kelayakkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Ditanya mengenai kemungkinan BN mempunyai peluang yang lebih cerah di DUN Chempaka berbanding di Parlimen Permatang Pauh, Perdana Menteri berkata penilaian perlu dibuat berdasarkan pelbagai faktor.

"Tunggu dulu, kita kena kaji daripada semua sudut. Juga perlu lihat prestasi BN dalam PRK sebelum ini seperti ketika Pengkalan Kubor dan Teluk Intan.

"Kita tak boleh buat keputusan terburu-buru," katanya.

SPR, BN, Najib Tun Razak

Artikel Lain