suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Terjun Dari Bangunan Hospital

KUCHING: Seorang pesakit warga emas ditemui mati, dipercayai bertindak terjun dari tingkat sembilan bangunan Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini awal pagi Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Bujang Abdullah, 76, berasal dari Kampung Sambir, Kota Samarahan. 

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa dimasukan ke hospital sejak 10 hari lepas kerana dipercayai menghidap penyakit kanser paru-paru. 

Katanya, pada kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa meminta cucunya yang menjaganya untuk keluar membeli kopi, tetapi apabila cucunya kembali sejam kemudian, ia mendapati mangsa tiada di dalam biliknya. 

“Usaha mencari dilakukan dengan bantuan pihak hospital dan mangsa berjaya ditemui terperosok di dalam bumbung tingkat empat bangunan HUS pada jam 12.20 tengah hari,” katanya. 

Katanya, dengan bantuan anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal oleh doktor. 

Roslan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain