suria

Saya Tidak Lihat Krisis Besar Di Dalam MIC - Palanivel

G.Palanivel.
BATU PAHAT: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel memutuskan pemilihan semula yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan diteruskan pada Jun depan.

Beliau berkata, kemelut dalaman parti yang berterusan itu melibatkan sekumpulan kecil individu antara 300 hingga 400 ahli.

"Semua orang berkata terdapat krisis besar di dalam parti tetapi saya tidak melihatnya.

"Namun selepas beberapa perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saya membuat keputusan untuk meneruskan pemilihan semula bermula Jun ini dan berterusan sehingga November," katanya dalam satu pertemuan tidak rasmi dengan kira-kira 450 pengerus cawangan di sini.

Palanivel berkata beliau tidak bimbang mengenai pihak yang menentangnya kerana beliau yakin mendapat sokongan kira-kira 3,000 daripada 4,000 pengerusi cawangan di seluruh negeri.

Beliau berkata sokongan itu diperolehi dari Selangor, Johor, Kedah, Negri Sembilan dan Pahang.

Palanivel menggesa pengerusi cawangan parti itu untuk kekal bersatu dan memperkukuhkan parti serta menyatakan rasa terkejut mengenai percanggahan di dalam pemilihan parti dengan menegaskan kertas undi telah dikira semula sebanyak dua hingga tiga kali.

"Semua keputusan juga kemudiannya diterima dengan tandatangan pemimpin tersebut," katanya.

G.Palanivel, MIC, ROS

Artikel Lain