AirAsia QZ8501: Punca Nahas Mungkin Disebabkan Masalah Komputer - Pakar - Semasa | mStar

AirAsia QZ8501: Punca Nahas Mungkin Disebabkan Masalah Komputer - Pakar

SINGAPURA/PARIS: Dua pakar penerbangan berkata siasatan mengenai punca nahas melibatkan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 kini tertumpu kepada rekod penyelenggaraan bahagian utama sistem kawalan automatik, dan bagaimana juruterbang mengendalikan pesawat sekiranya ia gagal berfungsi. 

Kebocoran sistem komputer berkembar pesawat (Flight Augmentation Computers (FAC) bukanlah punca utama yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas 28 Disember tahun lalu, kata pakar tersebut. 

Bagaimanapun tanpa sistem berkenaan juruterbang terpaksa bergantung kepada kemahiran penerbangan secara manual yang selalulnya meregang ketika berlakunya kecemasan di udara secara tiba-tiba. 

"Nampak seperti wujudnya masalah dengan FAC," kata seorang yang mahir dalam siasatan penerbangan. 

Beliau berkata lebih banyak maklumat diperlukan daripada syarikat penerbangan dan syarikat pengeluar pesawat. 

Indonesia sebelum ini dilaporkan berkata pesawat Airbus A-320 naik pada ketinggian lebih tinggi dengan kelajuan sederhana, sebelum enjin pesawat tiba-tiba mati hingga menyebabkan pesawat hilang kawalan dan terhempas ke Lautan Jawa menyebabkan semua 162 orang yang berada dalam pesawat terbunuh. 

Seorang lagi pakar penyiasat berkata pihkanya kini sedang melihat bagaimana juruterbang berhadapan dengan perubahan kritikal yang berlaku hingga menyebabkan pesawat terhempas. 

Tiada seorang pun pakar penyiasat yang mahu nama mereka didedahkan, hal ini kerana butiran mengenai siasatan merupakan maklumat sulit yang tidak boleh didedahkan kepada umum. 

AirAsia , QZ8501

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi