suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Tahan Bot Nelayan Bawa Kargo

KUALA PERLIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Utara menahan sebuah bot nelayan yang membawa kargo tanpa lesen kira-kira 5.4 batu nautika dari sini, petang Isnin.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis Lt Komander Maritim Shahrizan Raman bot pukat hanyut kelas A itu juga didapati telah diubah suai tanpa kebenaran pihak berwajib.

Bot nelayan berkenaan ditahan bot peronda Maritim Malaysia yang membuat rondaan rutin di perairan Perlis pada 5.30 petang.

Enam awak-awak lelaki termasuk tekong rakyat tempatan berumur antara 18 dan 51 tahun dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata Maritim Malaysia memandang serius kesalahan yang dilakukan bot nelayan khususnya dalam usaha membanteras aktiviti pencerobohan nelayan asing dan bot pukat rawa sorong.

Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim dan sebarang aduan atau kecemasan di laut boleh hubungi talian 24 jam 'MERS 999' atau Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Perlis di 04-9851072/04-9851162, tambahnya.

APMM, Perlis Kargo

Artikel Lain