suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Tandatangani Buku Takziah Kemangkatan Raja Abdullah

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin menandatangani buku takziah sebagai penghormatan di atas kemangkatan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz.

Ketibaan Muhyiddin disambut Duta Arab Saudi, Fahad A. H. Alrashid di kedutaan itu di Jalan Ampang di sini.

Raja Arab Saudi itu mangkat awal pagi Jumaat lepas pada usia 90 tahun dan dimakamkan pada Sabtu.

Adinda baginda, Putera Salman Abdulaziz dinamakan sebagai raja baharu Arab Saudi.

Fahad memberitahu pemberita kemudian bahawa Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih dan simpati beliau di atas kemangkatan Raja Abdullah.

Duta itu berkata beliau tersentuh dengan kesedihan dan simpati yang dizahirkan oleh kerajaan Malaysia di atas kemangkatan baginda.

"Ini merupakan peluang untuk saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara itu," katanya sambil merujuk kepada kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland untuk menghadiri upacara pemakaman Raja baginda di Riyadh.

Beliau berkata mereka yang ingin menzahir simpati di atas kemangkatan Raja Abdullah boleh berbuat demikian sehingga Rabu ini.

Raja Abdullah, Muhyiddin, Arab

Artikel Lain