suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Dijangka Bertemu PM Britain Esok

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya David Cameron pada Isnin sempena lawatan kerja dua hari ke United Kingdom (UK).

Menurut kenyataan Kementerian Luar, pertemuan itu bagi membincangkan perkara berkaitan hubungan dua hala serta perkembangan isu-isu serantau dan antarabangsa.

Perdana Menteri yang akan mengadakan lawatan kerja dua hari bermula Ahad turut dijadual merasmikan Razak Science Centre (RSC) di Malvern College, Worcestershire, menurutnya.

"Penamaan RSC adalah sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein. Selain itu, Perdana Menteri sendiri merupakan alumni kepada Malvern College," kata kenyataan itu.

RSC akan menjadi pusat setempat bagi semua aktiviti dan pembelajaran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan serta matematik kolej tersebut.

Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa pegawai kanan kerajaan pada lawatan itu.

Artikel Lain