Lulus Bina Dewan Serbaguna Merangkap Pusat Pemindahan Banjir Di Beaufort - Semasa | mStar

Lulus Bina Dewan Serbaguna Merangkap Pusat Pemindahan Banjir Di Beaufort

Muhyiddin bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Pusat Penempatan Mangsa-Mangsa Banjir di Dewan Serbaguna Membakut di sini, Beaufort.

BEAUFORT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan cadangan Sabah untuk membina sebuah dewan serbaguna yang boleh dijadikan pusat pemindahan sekiranya berlaku banjir di Beaufort.

Beliau berkata Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman memberitahunya ada kawasan yang boleh digunakan untuk pembinaan dewan itu, yang kos dan tarikh pembinaannya akan ditentukan kelak.

"Cadangan untuk membina pusat-pusat (pemindahan) kekal disaran banyak pihak yang mengatakan ia perlu bagi sesebuah kawasan yang mudah terdedah kepada banjir dan (banjir) berulang-ulang (yang kerap) di beberapa kawasan seperti di Beaufort yang mengalami banjir tiga atau empat kali tahun.

"Tetapi dewan (serbaguna) bukan sahaja untuk Beaufort. Kita perlu mengkaji cadangan ini dengan teliti untuk seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Serbaguna Membakut yang digunakan sebagai pusat pemindahan banjir di Membakut, dekat sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata cadangan itu perlu dikaji bagi memastikan dewan serbaguna digunakan dengan cekap dan tidak dibina hanya semasa banjir berlaku.

Beliau berkata, kemudahan lain seperti dewan sekolah masih boleh digunakan sebagai pusat pemindahan.

Menurutnya satu lagi cadangan bagi menangani banjir adalah dengan menempatkan semula kampung-kampung yang sering dilanda banjir ke kawasan lebih tinggi.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada adanya tanah kerajaan negeri sebelum kita boleh berbuat demikian, "katanya.

Mengenai cadangan untuk mendalamkan lagi sungai-sungai di kawasan sering dilanda banjir, Muhyiddin berkata perkara itu akan ditimbangkan kerana ia melibatkan peruntukan besar untuk berbuat demikian.

"Bagi sebarang bentuk program tebatan banjir, kerajaan negeri boleh mengemukakan cadangan (kepada kerajaan Persekutuan) dan kita akan menelitinya kerana ia melibatkan banyak wang," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nik Aziz Teringat Solat Jumaat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain