suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MyEG Yakin Mampu Kendalikan Jutaan Permohonan

PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan e-kerajaan, MyEG yakin dapat mengendalikan jutaan aplikasi dalam talian untuk proses memperbaharui permit pekerja asing.

Pengarah Eksekutif MyEG Sercis Bhd, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapa berkata, pihaknya sudah bersedia untuk melengkapkan peladen (server) berkapasiti besar jika sistem sedia ada tidak dapat menampung penggunaan yang tinggi.

"Kami dapat mengendalikannya. Jika jumlah permohonan terlalu tinggi, kami hanya perlu membeli peladen dengan kapasiti yang lebih besar," katanya mengulas kebimbangan sistem yang dimiliki syarikat itu tidak dapat menampung peningkatan mendadak dalam penggunaan perkhidmatan dalam talian untuk tujuan memperbaharui permit pekerja asing.

Raja Munir Shah berkata, sebelum mengendalikan proses memperbaharui permit pekerja asing, syarikat itu terbabit dalam permohonan dalam talian untuk pekerja asing sejak dua tahun lalu.

"Kami berpengalaman mengendalikan ribuan permohonan dan kami memudahkan proses permohonan permit kerja kerana ia tidak perlu membuang masa berdiri dan beratur untuk menyerahkan borang.

"Dan kami menghantar permit ke rumah majikan," katanya.

Mengenai kritikan terhadap MyEG, beliau berkata, orang ramai berhak menyatakan pendirian mereka.

"Kami mempunyai rekod pencapaian yang baik sejak mula beroperasi pada 2000.

"Tentu sekali kami bukannya syarikat yang baharu, malahan kami perlu bertanggungjawab terhadap semua pihak yang berkepentingan  dalam syarikat yang disenaraikan ini," katanya.

Berhubung monopoli syarikat itu seperti didakwa pelbagai pihak, Raja Munir Shah berkata, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana MyEG membantu kerajaan menganalisa data berkaitan pekerja asing.

"Lebih mudah untuk menganalisa apabila semua data disalurkan ke satu pangkalan data," katanya.


Artikel Sebelum

Nik Aziz Teringat Solat Jumaat

Artikel Berikut

Artikel Lain