suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pos Malaysia Keluar Setem Kenangan Sempena Kepengerusian Asean

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan koleksi setem kenangan dan produk filateli bagi memperingati Malaysia sebagai pengerusi dan penubuhan Asean.

Koleksi tersebut akan mula dijual bermula 27 Januari dan orang ramai boleh mendapatkannya di semua pejabat pos di seluruh negara.

"Selaras dengan tema kepengerusian, tiga reka bentuk setem pos kenang-kenangan yang akan dikeluarkan tersebut menggambarkan Warga Kita, Komuniti Kita dan Visi Kita masing-masing berharga RM0.60, RM0.80 dan RM1.20 setiap satu.

"Koleksi ini, yang merupakan keluaran setem kedua untuk tahun ini akan mula dijual di semua pejabat pos di seluruh negara bermula Selasa, 27 Januari 2015," menurut Pos Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat.

Setem yang dikeluarkan berukuran 30mm X 50mm, dicetak secara eksklusif pada Kertas Bersalut Fosfor, Tera Air SPM.

Pada hari pertama keluaran setem, orang ramai juga boleh mendapatkan Sampul Surat Hari Pertama pada harga RM0.50 dan RM3.10 dengan setem, manakala folder berharga RM6.00 setiap satu dan RM61.10 untuk set lengkap.

"Bagi Pos Malaysia kepengerusian Malaysia adalah tepat pada masanya kerana Pos Malaysia juga telah dipilih sebagai pengerusi baharu Aseanpost, satu kumpulan penyedia perkhidmatan pos di rantau Asean untuk tempoh dua tahun mulai tahun ini," menurut kenyataan tersebut.

Pos Malaysia dipilih sebagai pengerusi Aseanpost pada November tahun lepas di Mesyuarat Perniagaan Asean Pos ke-21 di Chiang Mai, Thailand.

Artikel Lain