suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Buat Pasport Hujung Minggu Dihentikan

PUTRAJAYA: Kaunter perkhidmatan untuk membuat pasport Jabatan Imigresen pada hujung minggu telah dihentikan bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tersebut telah diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mengadakan sesi dialog bersama pegawai kanan jabatan berkenaan pada Jumaat. 

Beliau berkata perkhidmatan pada hujung minggu telah memberikan kesan dikalangan kakitangan Jabatan Imigresen dengan kebanyakan anggota dilaporkan mempunyai masalah untuk meluangkan  masa bersama keluarga. 

"Menteri berasa sangat terganggu apabila mendengar keluhan pegawainya, justeru beliau segera mengarahkan agar perkhidmatan kaunter hujung minggu segera dihentikan. 

"Ini bagi membolehkan anggota Jabatan Imigresen meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga dan mereka boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam dengan senyuman yang lebih ceria di wajah mereka," katanya selepas perhimpunan bulanan jabatan berkenaan. 

Mustafa berkata orang ramai masih boleh menikmati perkhidmatan membuat pasport pada hujung minggu di Pusat Tranformasi Bandar di Pudu, Keramat Mall dan Sentul. 

Kaunter perkhidmatan membuat pasport hujung minggu diperkenalkan pada 2010 di pejabat Imigresen utama di seluruh negara.

Artikel Lain