Tabung Haji Umum Bonus 6.25 Peratus, Tambahan Dua Peratus Bonus Haji

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2014 merangkumi 6.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.2 bilion, meningkat 23 peratus berbanding tahun 2013.

Ia akan dimanfaatkan oleh hampir 8.6 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

"Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.3 bilion berbanding RM2.6 bilion pada 2013, peningkatan 2.4 peratus.

"Prestasi ini menunjukkan peningkatan lebih lima kali ganda keuntungan sejak tahun 2006," katanya dalam sidang media mengumumkan prestasi kewangan TH, Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail berkata untuk tahun ini, TH akan lebih memfokuskan kepada pelaburan dalam negara berikutan ketidaktentuan pasaran luar negara.

"Kami melakukan pelaburan berasaskan lokasi aset tertentu kami, dan saya percaya apa yang berlaku hari ini dengan kejatuhan nilai ringgit dan penurunan harga minyak mentah, kami perlu mengalih tumpuan pelaburan kami ke pasaran domestik tahun ini.

"Kami akan cuba untuk tidak membuat aliran keluar dana dan pelaburan domestik kita ditumpukan terutamanya bagi ekuiti, sekuriti hutang, syarikat-syarikat amanah pelaburan hartanah (REITs), dan pasaran wang dan instrumen kewangan," katanya.

Ismee berkata pelaburan aset di luar negara TH telah menyumbang kira-kira lima peratus kepada jumlah hasil pada tahun lepas.

Tahun lepas, pendapatan TH berjumlah RM3.29 bilion, rendah sedikit daripada RM3.73 bilion yang dicapai pada 2013.

Berhubung proses pembinaan Kompleks Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Ismee berkata ia dijangka siap pertengahan 2016.

Tabung Haji, bonus, haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain