suria

UPSR Bocor: Muhyiddin Terima Laporan Akhir Siasatan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menerima laporan akhir hasil siasatan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 daripada Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia. 

Laporan yang diserahkan pengerusi jawatankuasa berkenaan Tun Zaki Azmi itu turut memuatkan 15 syor penambahbaikan peperiksaan awam di negara ini yang melibatkan definisi serta proses kerja di peringkat produksi, operasi dan pengurusan.

Ia turut mengandungi analisis dan penilaian terhadap proses kerja dan prosedur operasi standard pengurusan peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan.

Menurut laporan itu, jawatankuasa bebas berkenaan bermesyuarat sebanyak 22 kali dan memperoleh input daripada pelbagai kaedah seperti taklimat, temu bual, lawatan kerja dan input orang awam.

Jawatankuasa bebas itu ditubuhkan ekoran kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 sehingga menyebabkan calon terpaksa mengambil semula peperiksaan itu.

UPSR bocor

Artikel Lain