suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Jadi Transit 300 Warga China Sertai IS - Dr Ahmad Zahid

Dr Ahmad Zahid bersama Meng.

PUTRAJAYA: Lebih kurang 300 orang warganegara China menggunakan Malaysia sebagai transit untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq, jelas  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Jelasnya, perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China,  Meng Hongwei ketika mesyuarat di pejabatnya pada Rabu.

Dr Ahmad Zahid berkata, Kuala Lumpur dan Beijing memandang serius perkara ini dan akan membuat kawalan yang lebih ketat.

"Masalah ini sangat serius walaupun melaksanakan kerjasama di antara Malaysia dan China bagi memerangi keganasan ini.

"Ini kerana wujud hubungan di peringkat antarabangsa antara pengganas di China dan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara," katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan terdapat kaitan warga China dengan rakyat Malaysia, Dr Ahamd Zahid berkata setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu. -BERNAMA

IS, Dr Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Lain