suria

Tun Mahathir Nafi 'Berpisah' Dengan Perkasa

Dr Mahathir mengakui beliau menyokong pandangan Perkasa khususnya ketika berhadapan dengan kumpulan pelampau bukan Melayu.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau 'berpisah' dan mula menjauhkan diri dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana kurang senang dengan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Tidak ada asas untuk saya menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya tidak menyertai mereka secara rasmi," katanya menerusi blog chedet.cc pada Isnin.

Bekas perdana menteri itu mengulas mengenai laporan bahawa kononnya beliau tidak gembira dengan cara Perkasa mencetuskan dan menguruskan isu khususnya melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir mengakui beliau menyokong pandangan Perkasa khususnya ketika berhadapan dengan kumpulan pelampau bukan Melayu.

"Ketika saya menjadi perdana menteri kumpulan itu (pelampau kaum) tidak wujud.

"Dan Perkasa juga tidak akan wujud jika tidak ada pihak yang mula mempersoalkan hak dan keistimewaan Melayu ketika orang Melayu sendiri tidak mempersoalkan hak-hak orang bukan Melayu atau menafikan hak mereka dalam Perlembagaan," katanya.

Mahathir Mohamad, Perkasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain