suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

800 Jawatan Kosong Untuk Graduan Menganggur Sempena SL1M

LABUAN: Kira-kira 800 jawatan kosong akan ditawarkan sempena Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan diadakan di Bilik Rafflesia, Kompleks Ujana Kewangan Labuan di sini, pada Khamis.

Program untuk siswazah menganggur itu dianjurkan SL1M di bawah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), sebuah badan berkanun.

SL1M adalah program untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran para graduan untuk mendapatkan pekerjaan melalui kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta yang melaksanakannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Jawatan yang ditawarkan termasuk dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran.

Antara syarikat yang terlibat ialah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.

Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan dan setahun.

SL1M, graduan, Labuan, EPU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain