suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perahu Karam: Mayat Remaja Perempuan Ditemui Pagi Ini

Gambar hiasan.
SIBU: Mayat remaja perempuan, yang hilang selepas perahu tambang yang dinaikinya terbalik di Sungai Mukah, daerah Mukah pada Ahad,  ditemui kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata mayat Nurul Atikah Rosli, 17, dari Kampung Tanjung dijumpai pada 8.05 pagi di pantai Petian.

Beliau berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa oleh seorang nelayan, yang kemudian membawa mayat itu ke Hospital Mukah.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam ditamatkan, katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, Nurul Atikah menaiki perahu itu bersama-sama pemilik perahu Hipni Majedi, 36, dan tiga penumpang lain iaitu Jali Ghani, 36, Eliyana Wahida, 15, dan Siti Hawa Bujang, 47, untuk ke pusat bandar Mukah.
 
Perahu itu dijumpai dalam keadaan pecah di Kuala Mukah kira-kira 4 petang. 

perahu karam, mayat

Artikel Berikut

Artikel Lain