suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakim Akan Perjelas Maksud Sebenar Jihad - Najib

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan cek sumbangan Tabung Bencana Banjir pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Isnin. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang untuk menangani ancaman kegiatan militan termasuk yang berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, selain undang-undang baharu itu, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memainkan peranan lebih aktif dalam menperjelaskan mengenai maksud jihad.

"Usaha untuk menangani mereka yang keliru mengenai jihad juga akan diperjelaskan oleh pihak berkuasa yang lain.

"Jakim akan berusaha sedaya upaya untuk menjelaskan makna sebenar jihad," katanya pada perhimpunan bulanan di pejabat Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin.

Undang-undang baharu itu dicadang dibawa ke Parlimen berikutan pembentangan Kertas Putih Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS oleh Najib pada tahun lalu.

Najib Tun Razak, Jakim, IS

Artikel Lain