suria

Agrobank Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Agrobank pada Sabtu mengumumkan pelan bantuan bagi pelanggan-pelanggan yang terjejas berikutan bencana banjir yang sedang melanda negara. Pelan tersebut termasuk penangguhan bayaranansuran pembiayaan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan untuk pelanggan-pelanggan yang layak.

Pelan ini ditawarkan kepada pelangan Agrobank yang terjejas dengan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, pelan tersebut bertujuan untuk membantu dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelanggan-pelanggan.

"Kami sedar akan kesukaran yang berpunca daripada hujan lebat dan banjir diluar jangkaan, terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur. Banyak rumah, perniagaan dan rosak teruk dan menjejaskan sumber pendapatan mereka yang terlibat. Kami sedar bahawa sesetengah pelanggan memerlukan penangguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka pada saat-saat genting seperti ini.

"Oleh sebab itu, kami menawarkan bantuan berupa penangguhan bayaran ansuran pembiayaan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan bagi pelanggan-pelanggan yang layak. Pihak bank akan memproses dan menilai setiap permintaan mengikut keadaan masing-masing, " jelas Datuk Wan Mohd Fadzmi dengan lebih lanjut lagi.

Pelan bantuan Agrobank meliputi perkara berikut: Moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek (80-100%) - boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan. Penyusunan dan penstrukturan semula pembiayaan - untuk pelanggan yang berkelayakan yang terlibat dengan bencana banjir.

Pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan Buku Simpanan yang telah musnah dalam bencana banjir.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476 atau pegawai-pegawai di cawangan Agrobank yang berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai pelan bantuan tersebut.

Agrobank juga menyokong program Bantuan Kemanusiaan Banjir yang dimulakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Di bawah program- tersebut, semua agensi di bawah MOA bekerjasama dan berkongsi sumber bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Bantuan- meliputi air minuman, makanan, selimut, lampin dan sebagainya.

Agrobank menghargai inisiatif MOA ini. Kami percaya kerjasama seperti ini mewujudkan sinergi dalam menyalurkan bantuan dengan lebih cekap dan berkesan kepada mangsa banjir di seluruh negara , " kata Datuk Wan Mohd Fadzmi.

Disamping itu Agrobank juga telah menubuhkan Pusat Arahan Business Continuity Management (BCM) - untuk memantau keadaan dan status banjir yang menjejaskan operasi cawangan Agrobank di seluruh negara.

Pada masa ini 10 cawangan ditutup buat sementara waktu disebabkan banjir, iaitu di Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang dan Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Terkini, Cawangan Kuala Lipis di Pahang dan Kampung Gajah, Perak turut terjejas dan ditutup buat sementara waktu.

Agrobank amat komited dalam memastikan operasi yang tergendala di cawangan-cawangan yang terlibat disambung semula dalam masa terdekat.

Agrobank, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain