suria

Hishammudin Rais Kemuka Notis Tuntutan Susulan Tayangan Video 'Hasutan'

Klip video diselitkan ketika Presiden Umno menyampaikan ucapan dasar presiden pada hari pertama perhimpunan, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Hishammuddin Rais memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyiarkan video yang menampilkan dirinya dan beberapa rakannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), Khamis lalu.

Video itu menggambarkan Hishamuddin dan Datuk S Ambiga serta Adam Adli yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menghasut.

Peguamnya, Daim dan Gamany menerusi notis tuntutan mengarahkan Najib yang juga Presiden Umno untuk menghentikan tayangan, pengedaran klip video itu pada perhimpunan tahunan berkenaan.

Hishamuddin dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, penayangan video itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap perbicaraan kes membabitkannya mengikut Akta Hasutan.

"Notis tuntutan itu bagi memberi amaran kepada Najib supaya berhenti menyebarkan klip video berkaitan saya yang ditayangkan pada Perhimpunan Agung Umno," katanya.

Menerusi notis tuntutan itu dinyatakan, Perdana Menteri telah 'mewujudkan suasana benci dan prejudis terhadap anak guam kami (Hishamuddin)."

"Jika gagal mematuhinya, kami telah mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil," katanya.

Pada Khamis, sebelum Najib mengumumkan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada perhimpunan parti berkenaan,  ditayangankan klip video berkaitan pelbagai dakyah yang disebarkan melalui media sosial berunsur hasutan termasuk membabitkan aktivis sosial Hishammuddin dan bloger seks, Alvin Tan.

Hishamuddin, 63, didakwa mengikut Akta Hasutan tahun lalu selepas bertindak untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi pada 13 Mei selepas pilihan raya umum ke-13.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain