suria

Hari Terakhir Perhimpunan Agung Umno 2014

Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin (dua, kanan) 'berselfie' bersama para perwakilan Kelab Umno Luar Negara di Perhimpunan Agung Umno Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai pada Sabtu, disambung dengan perbahasan usul ekonomi oleh enam orang lagi perwakilan.

Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul agama dan pendidikan oleh 15 perwakilan.

Seperti biasa, tumpuan 2,752 perwakilan Umno kali ini dan rakyat Malaysia di seluruh negara pada hari terakhir ini ialah penggulungan perbahasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno.

Sesi penggulungan akan berlangsung pada sebelah petang.

Selain kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu, ketiga-tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga akan berucap bagi menggulung perbahasan.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta seorang wakil anggota Majlis Tertinggi Umno.


Umno, penggulungan, perbahasan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain