suria

PAU 2014 Bermula Hari Ini

Najib menaikan menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC di sini, Khamis. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri), Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (dua kanan).

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 membuka tirai dengan majlis perasmian dan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pagi Khamis.

Presiden Umno itu akan menyampaikan ucapan dasar di hadapan 2,763 perwakilan Umno dari seluruh negara.

Perhimpunan tahunan kali ke-68 ini berlangsung selama tiga hari sehingga Sabtu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Terdahulu, majlis perasmian bermula dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa', nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti 'Bersatu, Bersedia, Berkhidmat' di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.

Perhimpunan terbesar parti Melayu itu dijangka menyentuh mengenai pelbagai topik antaranya Akta Hasutan 1948, ekonomi Bumiputera termasuk isu berkaitan agama Islam dan Islam.

Ibu Pejabat Umno menerima 755 usul daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang merangkumi 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Daripada jumlah itu, 121 usul menyentuh soal pendidikan, diikuti 87 politik, 81 pindaan perlembagaan parti, 74 agama, 67 ekonomi, 170 isu sosial, dan 38 mengenai hal-hal lain.


PAU, ucapan dasar, PWTC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain