suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Sami Buddha Hadir Mesyuarat Pemerdagangan Manusia Di Vatican

KUALA LUMPUR: Ketua Sami Buddha di Malaysia Datuk K. Sri Dhammaratana akan menghadiri mesyuarat mengenai perhambaan moden dan pemerdagangan manusia dengan pemimpin agama terkemuka dunia di Bandaraya Vatican, 2 Disember ini.

Mesyuarat tertutup itu dianjurkan oleh Global Freedom Network (GFN), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan usaha untuk membasmi perhambaan moden dan pemerdagangan manusia menjelang tahun 2020.

Lawatan itu ialah atas jemputan Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Francis. 

Dharmmaratana akan mewakili masyarakat beragama Buddha dan beliau juga adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang diundang ke mesyuarat berkenaan.

"Saya gembira mendapat penghormatan diundang untuk menyertai dan menyaksikan acara penting ini," katanya kepada Bernama, sambil menambah bahawa mesyuarat juga akan membincangkan pelan tindakan untuk menangani masalah itu.

Selain Dhammaratana dan Ketua Gereja Katolik, pemimpin daripada masyarakat Islam dan Hindu juga akan menghadiri mesyuarat.

Kemuncak acara ialah deklarasi bersama oleh pemimpin agama dunia bahawa perhambaan moden merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.

Mereka juga akan menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai perkara itu. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain