suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelepasan Air Empangan Bukan Punca Banjir Lumpur

Pelepasan air yang terpaksa dilakukan daripada Empangan Sultan Abu Bakar bukan punca berlakunya banjir kilat dan arus deras yang melanda Lembah Bertam, Rabu
CAMERON HIGHLANDS: Pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar pada Rabu bukan punca kejadian banjir lumpur di Ringlet, kata Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu.


Beliau berkata, sebaliknya kawasan berkenaan mengalami banjir sebelum air di empangan hidroelektrik itu dilepaskan.

“Hujan lebih lebat daripada biasa dan keadaan kali ini lebih teruk berbanding kejadian tahun lalu," katanya.

Insiden pada Oktober tahun lalu mengorbankan empat nyawa dan mewujudkan suasana kelam kabut apabila 80 keluarga dilanda banjir, manakala lebih 100 kenderaan rosak teruk.

Bencana itu dikaitkan dengan pelepasan air empangan secara manual di salah satu pintu air yang perlu dilakukan sebelum ia dibuat secara automatik.

Pengurus Besar Stesen Janakuasa di sini, Mohamad Zaki Jalaluddin berkata, Tenaga Nasional Bhd (TNB) perlu melepaskan air secara berperingkat kerana paras air di empangan itu di tahap kritikal.

Katanya, siren di Lembah Bertam dibunyikan pada 8.15 malam sebagai amaran supaya penduduk berpindah, manakala siren di empangan itu pula berbunyi pada 8.40 malam.

"Pelepasan air itu dilakukan selepas menerima maklum balas daripada balai polis Ringlet bahawa perpindahan penduduk sudah selesai," katanya.

TNB berkata, air akan terus dilepaskan dalam masa beberapa hari bergantung kepada cuaca sehingga paras air mencapai tahap selamat.


empangan, Ringlet, TNB, banjir lumpur

Artikel Lain