suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Utara Sarawak Bergelap

MIRI: Sebahagian besar utara Sarawak bergelap apabila bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 10.15 malam Khamis menyebabkan kira-kira setengah juta penduduk terjejas.

Insiden itu dilaporkan berlaku di bandar raya Miri yang menjejaskan 350,000 penduduk selain beberapa kawasan di sepanjang laluan menuju sempadan Sarawak-Brunei.

Turut terjejas penduduk di beberapa kawasan di daerah Lambir dan Batu Niah yang mempunyai 150,000 penduduk dan beberapa bahagian di Bintulu.

Pegawai kanan Sarawak Energy Bhd memberitahu The Star bahawa pasukan teknikal sedang berusaha untuk mengesan punca yang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Ribut petir melanda Miri sebelum insiden terputus bekalan elektrik berlaku.

Setakat ini, bahagian selatan dan tengah Sarawak tidak terjejas.


miri, bekalan elektrik

Artikel Berikut

Artikel Lain