suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Logo Halal Tidak Boleh Diguna Bersama Lambang Bukan Islam - KP Jakim

PUTRAJAYA: Logo halal tidak boleh digunakan pada produk yang dipromosikan sempena perayaan agama bukan Islam atau bersama lambang agama bukan Islam, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha. 

Dalam satu kenyataan pada Rabu beliau berkata, tindakan syarikat yang menggunakan pembungkusan dengan imej yang berunsur ketuhanan adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di bawah perkara 6.3 Pembungkusan dan Pelabelan.

Merujuk isu berikutan aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung produk air mineral yang terdapat imej berhala dan logo halal Malaysia, beliau berkata Jakim mengarahkan syarikat berkenaan menukar pembungkusan tersebut bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Sekiranya syarikat itu enggan, tindakan penggantungan sijil Halal boleh dikenakan ke atas syarikat atas kesalahan yang bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya. 
logo halal, Jakim

Artikel Lain