suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSM Buat Keputusan Tidak Sertai Pakatan Rakyat

S.Arutchelvan
PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Rakyat selepas dua tahun menunggu, kata Setiausaha Agung parti S. Arutchelvan. 

"Pada dasarnya, kita bukan sebahagian daripada Pakatan, dan kita memutuskan tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

"Kita akan tetap bekerja dengan mereka dalam beberapa program seperti kempen menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," kata Arutchelvan.

Beliau memberitahu The Star Online dalam perbualan telefon pada Selasa bahawa parti itu membuat keputusan itu Ahad lalu pada sesi khas PSM mengenai Pilihan Raya Umum, yang menyaksikan penyertaan semua jawatankuasa negeri.

"Pada pilihan raya lalu, tiga daripada empat kerusi yang ditanding oleh PSM adalah pertarungan tiga penjuru. Dalam persaingan itu, salah satu lawan adalah calon Pakatan Rakyat," kata Arutchelvan.

PSM meletakkan calon untuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kota Damansara dan Semenyih di Selangor, Jelapang di Perak serta kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum tahun lalu.
PSM, S.Arutchelvan

Artikel Lain