suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Warga Nigeria, Dadah Bernilai RM400,000 Dirampas

- Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang warga Nigeria berusia 32 tahun berikutan rampasan 2.5kg methamphetamine bernilai RM400,000.

Sepasukan polis dari Bukit Aman menahannya di sebuah kondominium di Batu Feringghi di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek akan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek mendaftar di sebuah kolej di sini tetapi tidak pernah menghadiri mana-mana kelas.

Thaiveegan berkata dadah itu dikurier ke Kuala Lumpur dari China, sebagai hiasan porselin.

"Kotak-kotak yang digunakan untuk membungkus mempunyai dua lapisan.

"Barang-barang hiasan diletakkan di lapisan atas manakala dadah disembunyikan di lapisan bawah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen di Jalan Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Beliau menambah polis sedang cuba mengesan sindiket di mana suspek telah berkerja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain