suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Dan Sultan Hassanal Bolkiah Hadir Majlis Konsultasi Tahunan

Najib Razak bersama Sultan Hassanal Bolkiah ketika menerima kunjungan baginda sempena Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei kali ke-18 di Kompleks Seri Perdana pada Isnin.

PUTRAJAYA: Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei kali ke-18, Isnin.

Sultan Hassanal disambut Najib di Seri Perdana, venue bagi konsultasi itu berlangsung.

Konsultasi tahunan ini merupakan acara paling penting antara Malaysia dan  Brunei Darussalam.

Ia membolehkan pemimpin kedua-dua negara melihat kembali kemajuan dua hala yang dicapai sebelum ini terutama berhubung pelaksanaan perjanjian yang dimeterai dalam Pertukaran Surat yang ditandatangani pada 2009.

Konsultasi diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Sultan Hassanal ke Malaysia bermula hari ini.

Menurut Wisma Putra, selain isu dua hala, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan dan idea mengenai isu serantau dan antarabangsa. 

Artikel Lain