suria

Tiga Beranak Maut MPV Bertembung Dengan Bas Ekspres Di Lipis

Gambar hiasan.

KUALA LIPIS: iga beranak maut manakala seorang lagiparah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Km 92 Jalan Lipis-Merapoh dekat sini awal pagi Isnin.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Zainuddin Nik Mohamad,58, isterinya Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54, dan anak perempuan mereka Nik Lyana,19.

Sementara anak lelaki mereka Ahmad Bahari, 15, cedera parah.Turut cedera ialah pemandu bas terbabit Adnan Abdullah, 45. 

Mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Abdul Razak Hassan berkata kesemua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Razak berkata nahas berlaku pukul 2.05 pagi ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Baharu, Kelantan menghala Kuala Lumpur.

"MPV itu dipercayai termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas express dua tingkat berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Kota Baharu.

"Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian,"katanya.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.

kemalangan maut, MPV, Lipis

Artikel Berikut

Artikel Lain