suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Negeri Disaran Adakan Konvensyen Praperhimpunan Agung Umno

Tengku Adnan (tengah) melihat kuih tradisional yang disediakan pada Program Sarapan Rakyat 1Malaysia di Kuala Lumpur, Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan agar Badan Perhubungan Umno di setiap negeri mengadakan konvensyen bagi membincangkan usul-usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini.

Tengku Adnan berkata, ia dapat membuka ruang yang lebih luas kepada anggota-anggota parti di setiap negeri menyuarakan pandangan mereka dan sekali gus menjadi platform untuk bertukar-tukar pendapat.

"Kalau boleh negeri-negeri lain yang belum rancang, masih ada waktu untuk mereka (berbuat demikian)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sarapan Pagi 1Malaysia yang bertema "Bersama Meraikan Kepelbagaian" anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan di perkarangan Perpustakaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Wanita BN Wilayah Persekutuan Senator Mariany Mohd Yit dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau turut memuji langkah yang diambil Umno Selangor dan Terengganu yang telah mengadakan konvensyen semalam bagi membincangkan pelbagai isu dan usul yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung Umno nanti.

Ditanya sama ada usul membantah kumpulan militan IS akan dibahaskan pada perhimpunan agung itu nanti, Tengku Adnan berkata ia bergantung kepada pembawa usul.

"Itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan). Beliau akan berbincang dengan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Tengku Adnan mengingatkan agar setiap pemimpin BN di peringkat bahagian menguar-uarkan setiap program yang dijalankan mereka.

"Kita kena dekati rakyat, bukan buat program 'syok sendiri' yang tidak dihadiri oleh rakyat. Kita kena dekatkan rakyat (dengan kita).
 
"Kita kena ingatkan rakyat untuk terus bersatu, sekali gus ia akan membawa Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan," katanya.

Tengku Adnan Tengku Mansor, Umno

Artikel Lain