Nirmala Bonat Menang Saman Sivil Terhadap Bekas Majikan. - Semasa | mStar

Nirmala Bonat Menang Saman Sivil Terhadap Bekas Majikan.

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu rumah Nirmala Bonat telah diberikan RM139,197.20 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan sivilnya terhadap bekas majikan kerana melakukan penderaan terhadap dirinya, 10 tahun lalu.

Nirmala, 29, menang saman sivil itu apabila Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memutuskan bahawa plaintif telah membuktikan kesnya terhadap defendan Yim Pek Ha, 46, dan suaminya Hii Ik Tiing, 48.

Mahkamah membenarkan amaun itu yang termasuk dalam kos RM10,000. Ia juga membenarkan faedah 5 peratus ke atas baki.

Dalam keputusan 48 halaman beliau, Siti Khadijah berkata mana-mana manusia dapat membayangkan kesakitan apabila seterika yang panas diletak di dada dan belakang seseorang.

"Air panas juga dicurahkan di belakangnya. 

"Nirmala mengalami kesakitan setiap kali dia memakai coli dan pakaian atau apabila dia mandi.

"Dia tidak menerima apa-apa rawatan perubatan kecuali mengambil Panadol," kata hakim.

Hakim Siti Khadijah berkata ketika Nirmala diselamatkan, dia harus menunjukkan buah dadanya untuk bukti termasuk kepada jurugambar, mahkamah dan sebagainya. 

"Bukan hanya menderita sakit, tetapi dia juga terpaksa menghadapi penghinaan," tambah beliau.

Mahkamah membenarkan tuntutan Nirmala mengenai ganti rugi am termasuk untuk kecederaan pada dada, belakang, lengan, kepala, muka, mulut, hidung dan tekanan emosi.

Mahkamah juga membenarkan ganti rugi khas atas perbelanjaan asas untuk penginapan, makanan dan minuman dan kehilangan pendapatan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutannya ke atas perbelanjaan untuk laporan perubatan, rawatan perubatan khas, kehilangan keupayaan untuk mencari pendapatan dan elaun perjalanan selepas mendapati tuntutan itu tidak berasas.

Nirmala, 29, dari Desa Tuapakas di Indonesia, memfailkan saman terhadap bekas pengurus butik Yim dan Hii pada 28 Januari 2010. 

Dia tidak hadir prosiding Jumaat. 

Dalam saman itu, Nirmala mendakwa menderita kesakitan, penghinaan dan penderitaan fizikal dan mental ketika bekerja dengan Yim dan Hii sebagai pembantu rumah mereka di rumah pasangan itu di Villa Putera di Jalan Tun Ismail antara September 2003 dan 17 Mei 2004.

Yim didapati bersalah pada tahun 2008 sebanyak tiga tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Nirmala. 

Dia kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Wanita Kajang.
Nirmala Bonat , pembantu rumah

Artikel Sebelum

Situasi Tegang Buat Keluarga - Abang Anwar

Artikel Berikut

Scorpene Tembak Torpedonya Yang Pertama

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.