suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Sekolah Rempuh Lori: Sembilan Termasuk Guru Cedera

PETALING JAYA: Seramai sembilan daripada 44 murid termasuk guru sebuah sekolah kebangsaan dari Pulau Pinang cedera selepas bas sekolah yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 46, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Lembah Beringin, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, bas sekolah berkenaan dilaporkan membawa rombongan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 4.16 pagi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 44 penumpang telah merempuh belakang sebuah lori.

"Berikutan itu, seramai sembilan penumpang yang terdiri daripada tujuh orang dewasa dan dua kanak-kanak telah mengalami kecederaan ringan manakala 35 lagi selamat," katanya.

Kesemua penumpang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Difahamkan, antara yang cedera ialah guru besar sekolah tersebut kerana berada di tempat duduk hadapn.

Bas Sekolah, Permatang Janggus

Artikel Sebelum

Artikel Lain