suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCMC Kenal Pasti 172 Laman Judi Haram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengenal pasti 172 laman web berkaitan judi haram dalam talian di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata berikutan itu, kementerian mengarahkan MCMC untuk mengambil tindakan segera terhadap laman-laman web berkenaan.

Kementerian itu juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengadakan penguatkuasaan bersepadu termasuk dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengekang judi siber.

"Kementerian minta semua PBT membantu kerana pusat siber diberi lesen oleh PBT. Sekiranya tiada keperluan untuk mengeluarkan lesen baharu, saya percaya mereka tidak perlu keluarkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah MSC Malaysia APICTA 2014 di Angkasapuri di sini, Khamis.

Jailani berkata demikian susulan gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan segera bertindak mengekang kegiatan judi haram dalam talian yang semakin berleluasa.

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beberapa Anggota Parlimen menggesa MCMC mewujudkan sebuah unit khas bagi menangani kegiatan perjudian haram dalam talian.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara juga berhasrat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meminda akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu bagi mengekang kegiatan judi haram dalam talian.

Jalaini berkata MCMC dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mempergiat kempen kesedaran supaya orang ramai lebih peka terhadap kegiatan haram itu.

"Kempen-kempen kesedaran ini perlu diteruskan kerana judi dalam talian tidak semestinya berlaku di pusat siber tetapi juga melalui telefon pintar," katanya.

MCMC

Artikel Berikut

Artikel Lain