suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Enam Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 13

Megat Irwan Mohd Alias, 32, memangku jenazah anaknya Megat Arif Hussein, 6, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen kuarters kakitangan awam di Presint 5 malam tadi ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya pada Khamis.
Megat Arif Hussein Megat Irwan, 6, disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi di Hospital Putrajaya.
Mangsa yang terjatuh dari tingkat 13 kira-kira jam 11 malam itu dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian. -Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini Rabu.

Dalam insiden kira-kira pukul 11 malam itu, Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil dan menguruskan ibunya seorang Orang Kelainan Upaya untuk naik ke rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata sebelum kejadian, mangsa bersama ayah serta ibunya baru pulang dari makan malam di kawasan berhampiran.
 
"Mangsa didukung oleh ayahnya untuk di bawa naik ke rumah kerana beliau sedang tidur manakala ibunya yang menggunakan kerusi roda menunggu di bawah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata selepas menghantar dan mengunci rumah, ayah mangsa turun semula ke bawah untuk mengambil ibunya yang lumpuh sebelum dimaklumkan jiran yang menemui mangsa di kawasan bawah perumahan terbabit.

Ayah mangsa terus membawa anaknya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian, katanya.

Katanya hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman kerana terjatuh dari tempat tinggi.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain