Pakatan Akan Bincang Isu PAS - Azmin - Semasa | mStar

Pakatan Akan Bincang Isu PAS - Azmin

Azmin Ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.
 
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi Selasa.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

"Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri pada Rabu bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang Isnin menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.

Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu.
PAS , Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Tiada Niat Hina PAS - Teresa Kok

Saari, Hasnul Kena Gantung - PAS

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain