suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Rahman Nafi Janji Dedah Dokumen Tender Cadangan Pembinaan WTE

Abdul Rahman Dahlan.
KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Selasa menafikan pernah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji Sisa kepada Tenaga (WtE) di Kepong.

Katanya kenyataan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming pada 24 Sept lepas yang mendakwa beliau berjanji untuk berbuat demikian adalah tidak tepat dan hanya mahu mengelirukan orang ramai.

"Beliau (Ong) tidak sepatutnya mempolitikkan isu ini kerana projek ini jelas akan memanfaatkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Kenyataan Ong bertajuk "Adakah Abdul Rahman Dahlan akan mengotakan janji beliau di Parlimen untuk mendedahkan dokumen tender projek Sisa kepada Tenaga (WtE) di Taman Beringin, Kepong atau dibongkar sebagai penipu?" itu disiarkan menerusi laman facebook Ong.

Abdul Rahman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam hal cadangan pembinaan loji terbabit memandangkan kepentingannya kepada rakyat dan alam sekitar.

Sementara itu, beliau berkata Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) bagi projek itu akan dilaksanakan pada Jun 2015, berdasarkan empat teknologi yang telah dikenal pasti untuk pertimbangan termasuk Pirolisis dan Gabungan Teknologi.
Abdul Rahman Dahlan, WTE, Kepong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain